Friday, August 29, 2014

Perjuangan Tokoh-Tokoh di Sabah

.
MAT SALLEH

Datu Mat Salleh atau lebih dikenali sebagai Mat Salleh merupakan pejuang sabah yang terkenal dalam menentang penjajahan British di sabah.Beliau pernah mengisytiharkan daerah tambuna sebagai daerah di bawah kuasaannya.

Mat salleh ialah anak yang kedua dalam keluarga empat adik-beradik daripada suku bajau dan juga sulu.Ibunya daripada suku bajau.Isteri Mat Salleh yang bernama Dayang Bandang berasal daripada keluarga kesultanan Sulu dan berkampung di pengalaban,Paitan.

Datu Mohammad Salleh telah mengambil alih tugas bapanya,Datu Balu sebagai ketua kampung di daerah Ligkabo dan sungai sugut.Perbelanjaan pentadbiran Datu Mat Salleh adalah daripada pungutan cukai ke atas pedagan-pedagang yang melalui Sungai Sugut pada tahun 1894.

Tindakan Mat Salleh tersebut telah membuatkan pihak british berasa tidak puas hati,British telah menyerang Mat Salleh di jambongan serta memusnahkan kampung Mat Salleh di sungai sugut pada tahun 1896.

Mat Salleh berjaya melepaskan diri daripada serangan tersebut.Detik Perjuangan Mat Salleh menentang pencerobohan dan keganasan Syarikat berpiagam Borneo Utara bermula pada bulan julai 1897.Mat Salleh dan pengikut-pengikutnya telah menyerang dan membinasakan pejabat pentadbiran kompeni British di pulau gaya.Dalam tahun yang sama juga,mat salleh menyerang dan membakar pejabat residen kompeni di Ambong.

Pada bulan disember 1897,british telah membalas serangan dengan menyerang kubu mat salleh di daerah Ranau,Mereka telah tewas dan banyak askar british telah terbunuh dalam serangan tersebut.Seterusnya pada bulan januari 1898,british sekali lagi menyerang kubu Mat Salleh di Ranau dengan Angkatan tentera yang lebih besar jumlahnuya

Dengan serangan tersebut,Mat Salleh terpaksa mengundurkan diri dan membina kota pertahanan yang baru,yang kukuh dan yang lebih kuat di Kampung Tibabar,Tambunan.

Kota Utama Mat Salleh di Tambunan ini sangat sukar ditembusi,kerana kota ini diperbuat daripda batu-bata,kayu serta buluh yang tidak dapat ditembusi oleh peluru.Setiap penjuru kota ini dikawal dan terdapat beberapa terowong atau dikenali jalan bawah tanah yang rahsia digunakan untuk meminta bantuan-bantuan senjata,makanan dan lain-lain dari luar kota.Jalan rahsia ini juga dijadikan sebagai jalan untuk menyelamatkan diri apabila dikepung oleh musuh.

Tidak lama kemudiannya,British telah menawarkan perdamaian dengan mat salleh.Mat salleh telah bersetuju walaupun orang-orangnya menentangnya.tetapi pada 1899,british cuba mengambil alih daerah tambunan daripada mat salleh yang menyebabkan peperangan tercetus kembali.

Akhirnya,pada tahun 31 januari 1900,kota mat salleh telah tumbang akibat serangan yang hebat daripada british dan juga kelemahan mat salleh berjaya mematahkan pertahanan mat salleh.Pada peristiwa itu,menandakan gugurnya Mat salleh dalam pertempuran tersebut sebagai pejuang bangsa.


Gambar ini menunjukkan Tugu Peringatan Mat Salleh yang terletak di Kampung Tibabar,Tambunan







Baju kebal Mat Salleh yang berada di muzium Sabah


Disini kami telah sertakan sedikit klip video yang menerangan segalanya tentang perjuangan Mat salleh.




ANTANOM

Nama sebenar beliau adalah Ontoros Anak Lelai Antanom yang merupakan tokoh pejuang di sabah.Beliau juga merupakan ketua kaum murut di Rundum.Antanom dilahirkan pada tahun 1875.Ketika berusia 30 tahun,antanom telah memimpin kaum murut untuk menentang Pihak SBUB yang telah menindas kaumnya.
    
 Antanom menentang Pihak SBUB kerana pihak SBUB melarang mereka untuk membuka tanah baru.Mereka juga merasakan bahawa hak mereka telah dicerobohi oleh penjajah iaitu pihak SBUB.Hasil tindakan yang dibuat oleh pihak british itu menyebabkan kurangnya beras untuk dimakan.Selain itu,mereka dikenakan pelbagai cukai yang tinggi dan membebankan oleh Pihak SBUB seperti cukai kepala satu dolar seorang,cukai tanaman pindah sebanyak 50 sen setiap ekar,cukai sebatang pokok kelapa untuk minuman tuak sebanyak 25 sen,cukai penangkapan ikan besar dan cukai memelihara anjing sebanyak satu dolar.Disamping itu,kaun mereka dijadikan buruh paksa bagi tujuan membina jalan pedalaman dan memasang kawat,telegraf antara Tenom dan Rundum.Pihak SBUB telah menzalimi keluarga bahawa suami isteri kaum murut dikehendaki tinggal berasingan di sebelah menyebelah tebing sungai.Mereka dikenakan satu dolar apabila setiap kali berkunjung.Lebih-lebih lagi,mereka yang mempunyai dua orang anak,salah satu daripadanya akan diambil oleh pihak SBUB untuk dijadikan buruh paksa.Pihak SBUB juga telah mencerobohi kawasan hutan bagi membina jalan.Kaum Murut membantah dengan tindakan yang dibuat oleh SBUB  kerana mengikut kepercayaan kaum Murut pencerobohan akan mengganggu roh nenek moyang mereka
      
Hal tersebut telah membuatkan Antanom menyatukan orang murut untuk pihak SBUB demi menebus maruah mereka.Pada bulan februari 1951,peristiwa penentangan ini menyebabkan Antanom dan pengikutnya menyerang pensiangan dan membakar bangunan kerajaan SBUB.Pada bulan mac 1951,Antanom telah memimpin 600 orang murut menyerang Rundum dan telah berjaya memusnahkan pejabat pentadbiran SBUB.Kejayaan mereka menaikkan semangat perjuangan orang Murut dan Pengikut Antanom bertambah menjadi 900 orang.Antanom telah membina kubu pertahanannya di sungai Selangit yang mengandungi 7 buah rumah di bawah tanah.Pada bulan april 1951,Pihak SBUB telah menghantar 400 orang tentera untuk menyerang kubu Antanom.Pertempuran ini berlaku slama 6 minggu lamanya.Dalam pertempuran itu akhirnya menyebabkan Antanom dan 400 orang murut telah terkorban dalam mempertahankan Rundum.Penentangan tersebut telah dikenali sebagai "Semangat Rundum."
      
Kesan daripada itu menyebabkan pihak SBUB mengenakan tindakan tegas keatas  pengikut Antanom.Lapan orang kanan Antanom telah dibuang daerah ke kudat.Pengikut-pengikutnya uyang lain telah menjadi buruh paksa memasang telegraf dari Kimanis ke Keningau.Mereka juga diarahkan supaya bersumpah taat setia nagi mengelakkan berlakunya kebangkitan seterusnya.Orang Murut telah berpindah ke pedalaman kalimantan bagi tujuan menandakan protes mereka terhadap pihak SBUB.
      

Di sini merupakan gambar di mana tugu peringatan Antanom berada.

      
Di sini kami juga sertakan klip video yang menerangkan segalanya tentang sejarah tokoh Antanom ini.






PAK MUSA

Nama sebenar beliau ialah DATUK Maharajalela Musa Unggu atau lebih dikenali Pak Musa diiktiraf seorang daripada pejuang kemerdekaan Sabah.PAk musa dilahirkan di Kampung Kusilad,Pitas di utara sabah pada 1867.Tidak ramai yang tahu tokoh itu dibunuh kerana karismanya dalam bidang perniagaan pada awal abad ke-20.

Pak Musa dibunuh secara kejam askar Jepun pada 1944 kerana ketokohannya memajukan ekonomi Orang Sungai, Kadazandusun, Brunei dan Bisaya di Membakut dan Beaufort. Kaedah perniagaan digunakan mirip sistem koperasi iaitu pelbagai hasil tani, belantara dan haiwan buruan tokoh itu dan pengikutnya akan dikumpul, sebelum dipasarkan sehingga ke Brunei Darussalam dan Singapura. Kebijaksanaannya menyatukan masyarakat pelbagai kaum dalam bidang perniagaan menyebabkan Jepun menganggapnya ancaman kepada mereka. Beliau dan pengikutnya diisytiharkan sebagai musuh kerana kononnya menjadi sekutu Syarikat Berpiagam Borneo Utara British (SBUB). Jepun menganggap Pak Musa berselindung di sebalik perniagaan yang ditaja British untuk mempengaruhi rakyat Membakut dan Beaufort supaya menyertai perjuangan SBBUB untuk mengusir mereka dari bumi Borneo Utara (kini Sabah). Ini menyebabkan askar Nippon memburu Pak Musa dan pengikutnya, tetapi mereka tidak mahu berundur, sebaliknya menyerang balas setiap kali masyarakat pribumi di Membakut dan Beaufort dibunuh, ditindas dan diugut penjajah. Cucu saudaranya berkata Pak Musa dilahirkan di Kampung Kusilad, Pitas di Utara Sabah pada 1867, tetapi menjadikan Paitan, Beluran dan Membakut sebagai pangkalan untuk menentang British dan Jepun. Beliau berhijrah ke Paitan ketika usia remaja untuk menuntut ilmu persilatan dan kebatinan pada 1908.

CICIT Pak Musa mengatakan Pak musa ketika zaman penjajahan British, beliau bersama pengikutnya menyerang dan membakar Balai Polis Tanjung Nipis, Paitan untuk membela nasib masyarakat pribumi daerah itu yang menjadi mangsa kekejaman SBBUB. Ini menyebabkan beliau menjadi buruan penjajah dan kemuncaknya dibuang daerah ke Membakut pada 1913 iaitu selepas beliau menerima tawaran British untuk berdamai dan hukuman bunuh ditukar kepada buang daerah.Jepun yang menyedari, sukar untuk mengalahkan Pak Musa, menukar strategi dengan mengugut akan menangkap dan membunuh keluarganya. Ini menyebabkan Pak Musa membuat keputusan untuk menyerah diri.Jepun menyedari Pak Musa mempunyai ilmu kebal dan berusaha untuk melemahkan pahlawan Sabah itu. Akhirnya askar Nippon menerima maklumat bahawa ilmu Pak Musa akan terhakis jika memasuki kawasan bernajis. Askar Nippon kemudian memasang jerangkap samar pada sebuah lubang najis di dalam penjara. Subohria yang menyimpan lembing digunakan Pak Musa ketika menentang Jepun dan British berkata, Pak Musa kononnya terjatuh ke dalam lubang itu menyebabkan kekebalannya hilang yang sekali gus peluang itu digunakan oleh askar Nippon untuk memancung kepalanya. Pak Musa adalah seorang pahlawan yang bukan saja sanggup menggadai nyawa untuk menuntut kemerdekaan, tetapi berjuang memajukan ekonomi etnik pribumi yang hidup dalam kemiskinan.










SHARIFF OSMAN

Syariff Osman adalah seorang Pemerintah di kawasan Teluk Marudu sebelum kedatangan British ke Sabah.Beliau adalah dari keturunan Syariff campuran Suluk-Bajau/Brunei. Beliau juga telah berkahwin dengan Puteri Sulu iaitu anak saudara Sultan Sulu Sultan Jamalul Alam bernama Dayang Cahaya.Seorang anak beliau yang terkenal ialah Syariff Merum. Syariff Osman telah ditempatkan oleh Sultan Sulu untuk memerintah dan memungut cukai di kawasan Teluk Marudu apabila kawasan ini diserahkan oleh Sultan Brunei kepada Sultan Sulu.
Apabila Sabah diambil alih oleh Pihak British, Syarif Osman dan Datu Mat Salleh tidak lagi dibenarkan memungut cukai oleh British di kawasan masing-masing.Akibatnya mereka melancarkan penentangan melawan Penjajah British. Pihak British melaporkan kepada Sultan Sulu dan mencadangkan kepada penduduk tempatan bahawa Syariff Osman sebenarnya ialah adalah lanun dan perlu dihapuskan. Sesiapa yang membantunya dianggap pemberontak dan akan ditangkap.Sebenarnya Syariff Osman
seringkali menyerang kapal-kapal dagang British dan Barat yang berlabuh di kawasan Teluk Marudu dan Kudat sehinggakan Pusat Pentadbiran Kompeni dipindahkan dari Kudat Ke Sandakan.
Pada penghujung penentangan Syariff Osman, beliau telah membina sebuah Kubu di Sungai Langkon-Bandau dan membeli meriam dari Brunei dengan bantuan sepupunya Syariff Masyhor di Sarawak. Meriam Keramat beliau dinamakan Mandi Darah yang dipercayai akan mengeluarkan darah dimuncungnya apabila ada musibah atau kekalahan dalam pertempuran. Salah satu Meriam ini telahpun dapat diambil oleh penduduk kampung dari sungai Langkon dan kini telah diserahkan kepada Muzium Negeri Sabah. Ia boleh diangkat oleh 4 orang lelaki dewasa dan tidak boleh digerakkan atau diangkat oleh sebarang orang kecuali yang berdarah dan berketurunan Pejuang Syariff Osman.
Satu lagi meriam Syariff Osman masih terbenam di sungai Langkon-Bandau di kawasan Kubu Syariff Osman. Meriam ini dipercayai ada legenda dan Penunggunya. Syariff Osman dipercayai mempunyai ilmu kebal dan tidak lut senjata atau peluru. Sewaktu pertemputan terakhir, Syariff Osman telah tercedera akibat tertembak di ketiaknya iaitu satu-satunya tempat kelemahan atau rahsia ilmu kebalnya. Pihak British gagal menemui mayatnya untuk digantung di khalayak ramai. Adalah dipercayai Syariff Osman telah meninggal dunia akibat kecederaan tersebut dan dimakamkan di kawasan kubunya seperti mana yang diwasiatkannya. Syariff Osman bersama lebih kurang 1000 orang pengikutnya gagal menandingi kekuatan Kompeni British dan tewas di Kota Marudu.
Kawasan makam Syariff Osman terletak lebih kurang 1.5 km dari kawasan Pusat Informasi Jati dan 500 meter dari Pejabat Perhutanan Wilayah Kudat.

1 comment: